Selasa, 17 November 2009

Thongchai No. 1 Asia

THAILAND mungkin merupakan jiran kita. Tetapi dalam golf negara itu jauh mendahului kita. Terbaru pemain tersohor negara itu, Thongchai Jaidee sekali lagi dinobatkan sebagai pemain tersohor Asia.Selepas kejohanan UBS Hong Kong open, pemain Thailand yang telah mencipta nama dalam kejohanan besar dunia termasuk The Masters, US Open dan British Open terus memahatkan dirinya sebagai pendahulu dalam Order of Merit Asia.Dengan wang kemenangan hampir AS$1 juta, Thongchai gagal dicabar oleh pemain lain termasuk dari Eropah dan Australia.Thongchai membuktikan bahawa warga Asia, terutama Asia Tenggara termasuk Malaysia boleh berjaya jika ada kemahuan dan sokongan semua pihak.Apa bezanya antara Thongchai dan rakan-rakan senegaranya dengan pemain kita? Mungkin sikap dan kesungguhan yang membezakan mereka selain sukarnya pemain profesional tempatan untuk mendapatkan penajaan bagi berlatih.Danny Chia merupakan pemain terbaik negara pada musim ini apabila berjaya berada di tempat ke-28 dengan dengan wang kemenangan AS$125,927.Yang lain semuanya gagal mengutip wang kemenangan melebihi AS$100,000. Untuk senarai penuh lihat di sini http://www.asiantour.com/oom.aspx

Tiada ulasan: