Khamis, 5 November 2009

Indonesia destinasi baru ahli KGU


SELEPAS beraksi di pelbagai lapangan dan kejohanan golf dalam negara, ahli KGU mula mengorak langkah lebih panjang apabila menjadikan Indonesia sebagai destinasi baru dalam permainan golf.
Untuk permulaan empat ahli KGU telah merintis jalan beraksi di Indonesia dengan mencuba tiga lapangan mewah di Jakarta.Lapangan terbabit ialah Royale Jakarta, Bogor Raya dan Cengkareng.
Dalam misi perintis selama empat hari itu, ahli-ahli KGU dapat melihat dan merasai sendiri pengalaman beraksi di negara jiran itu.Jika selama ini hanya mendengar cerita daripada kawan-kawan mengenai lapangan dan layanan yang diberikan, tetapi kini ahli-ahli KGU dapat menilai sendiri sejauh mana segala apa yang diceritakan itu.
Daripada pengalaman pertama itu, didapati segala cerita tersebut ada kebenarannya. Lapangan di Jakarta memang di selenggara dengan baik di samping layanan bertaraf lima bintang yang diterima.
Tetapi perlu diingat, tiga lapangan di mana ahli-ahli KGU beraksi bertaraf lima bintang. Maka sudah tentu ia sentiasa dipastikan berada dalam keadaan baik. Ia tidak bermakna keseluruhan lapangan golf di Indonesia adalah sama.
Satu lagi, tenaga buruh di negara jiran itu murah. Jadi mereka mempunyai tenaga kerja yang mencukupi untuk menyelenggara setiap fairway dan green.
Apa pun pengalaman beraksi di Indonesia memang cukup menarik hingg ada seorang teman berkata: "Tidak pernah ku temui seperti ini di tanah air ku."

Pemandangan di lapangan Cengkareng

Tiada ulasan: