Jumaat, 6 November 2009

Dua pro baru KGU

KAGUM, tertarik dan cemburu dengan kejayaan ahli-ahli KGU yang sering membawa pulang pelbagai hadiah menarik setiap kali menyertai kejohanan terutama antara media, telah mendorong dua pro baru untuk mengasah bakat menebas.
Pro Fikri memulakan aksi dengan bertapa di driving range selama berbulan-bulan, sebelum berani memijak rumput di fairway. Itupun rasa gentar, rendah diri dan tidak percaya pada diri sendiri masih menghantui beliau. Bermula dengan 7-iron sebagai peneman, pro Fikri mengasah bakat siang dan malam dalam usaha memberikan cabaran kepada pro-pro sedia.
Berbeza pula dengan pro Hafiz, baru dua tiga kali ke range dia sudah berani turun ke lapangan. Biar pun sudah berdozen bola habis ditaburkan di lapangan UPM, namun ia bukan penghalang untuk Hafiz meneruskan minat dalam bidang yang baru diceburi ini.
Apa pun KGU mengucapkan selamat datang dan selamat maju jaya kepada dua ahli baru ini. Walaupun masih jauh untuk mencabar kewibawaan pemain handalan KGU seperti Ernie Ail, Sarip Garcia, Dim Furyk dan Amramayah, namun kedua-duanya merupakan pemain generasi baru yang bakal meneruskan legasi KGU.










Doa jangan lama sangat bang...

Tiada ulasan: