Selasa, 24 November 2009

Shaaban No. 2 di Kemboja


HAJAT pemain golf profesional negara, Shaaban Hussin untuk meraih kejuaraan pertama dalam siri Jelajah Asia tidak kesampaian apabila tewas satu pukulan kepada pemain Australiam Marcus Both di kejohanan Johnie Walker Terbuka Kemboja.

Both dan Shaaban bersaing sengit hingga lubang terakhir pada kejohanan bernilai AS$300,000 (RM1.02 juta) itu, dan Shaaban memerlukan birdie di lubang 18 untuk mengheret permainan ke playoff.

Nasib Shaaban tentu lebih baik jika dia tidak melakukan bogey berganda pada lubang sembilan apabila pukulan drivenya masuk air.

Malangnya, dia hanya berjaya melakukan par untuk membenarkan Both menutup cabaran selaku juara selepas mencatat lima bawah par 67.

Tiada ulasan: