Selasa, 18 September 2007

Ahli KGU 'sipi' nak jadi jutawan

Peluang untuk menjadi jutawan segera tidak banyak dan antara manusia bertuah yang mendapat peluang itu, tidak lain dan tidak bukan ialah ahli KGU. Menerusi Millionaire Golfer yang diadakan di KGSAAS di Shah Alam baru-baru ini, beberapa ahli KGU hanya tersasar sedikit sahaja daripada mencatat sejarah sebagai pemenang pertama hadiah bernilai RM1 juta itu.
Pada hari pertandingan, kesemua ahli KGU sampai awal ke kelab untuk bersarapan dan bersiap sedia. Ini kerana selain berpeluang menjadi jutawan, terdapat dua lagi hadiah menarik yang ditawarkan pada hari yang sama iaitu sebuah kereta BMW 320 dan tiket penerbangan pergi balik kelas perniagaan dari Emirates dan juga penginanapan empat malam di hotel 7 bintang, Burj Al-Arab.
Selepas perut kenyang, ahli-ahli KGU pun mula menghayun dan mempamerkan skil masing-masing untuk membawa pulang hadiah lumayan itu. Walaupun tiada yang memenangi hadiah itu (termasuk pemain-pemain lain) tetapi ahli-ahli KGU berjaya membuktikan bahawa mereka kini perlu digeruni dalam bab-bab hole-in-one.
Tahun depan, dengan nama KGU yang semakin gah di persada syarikat-syarikat korporat tanah air, pastinya ahli KGU akan diundang lagi untuk mencuba menjadi jutawan dan siapa tahu tahun depan salah seorang daripada kita bergelar jutawan.
.
Mmmm... Siapalah agaknya ahli KGU yang akan jadi jutawan atau mendapat keter mewah pertama yek?

Rabu, 5 September 2007

Best Golf Quote's

* The sport of choice for the urban poor is basketball. The sport of choice for maintenance level employees is bowling. The sport of choice for front-line workers is football. The sport of choice for supervisors is baseball. The sport of choice for middle management is tennis. The sport of choice for corporate officers is golf. Conclusion: The higher you are in the corporate structure, the smaller your balls become. ~Author Unknown

* Golf is the most fun you can have without taking your clothes off. ~Chi Chi Rodriguez

* Born to golf. Forced to work. ~Author Unknown (The best quote)


* Hockey is a sport for white men. Basketball is a sport for black men. Golf is a sport for white men dressed like black pimps. ~Tiger Woods

* Golf and sex are the only things you can enjoy without being good at them. ~Jimmy DeMaret

Selasa, 4 September 2007

KGU dan Ambank

KUMPULAN Ambank merupakan antara sektor korporat yang kerap menjemput pihak media termasuk ahli-ahli KGU untuk beraksi pada kejohanan golf anjurannya.
Setakat ini, KGU tidak pernah gagal untuk sama-sama memeriahkan kejohanan anjuran Ambank itu yang sememangnya selalu meriah dengan pelbagai aktiviti menarik.

Dengan Ambank, ahli-ahli KGU pernah beraksi di Kelab Golf Fraser Hill, Kelab Golf Pantai Lagenda, Pahang; Kelab Golf Diraja Pahang; Tiara Melaka dan Ayer Keroh Country Resort, Melaka.

Seperti biasa, bila dah sertai kejohanan besar macam ni sudah tentu ada ahli-ahli KGU yang bawa balik hadiah besar-besar.

Tapi ada juga yang kurang cemerlang (bukan tidak handal) dan terpaksa bawa balik hadiah kecik je - misalnya payung (banyak la koleksi payung kat rumah).


Isnin, 3 September 2007

Slice dan cara mengatasinya

(Bersama Pro Az)

DALAM golf pukulan slice bermakna bola yang pukul melencong terlalu ke kanan. Masalah ini biasanya dihadapi oleh pemain berhandikap tinggi dan pertengahan.
Berdasarkan kepada diagnosis oleh Roger Gunn (Tom Lehman pernah berguru dengannya) ada beberapa perkara yang perlu dilihat jika mahu mengatasi masalah slice.
Menurut Gunn, ia perlu bermula dengan mengenal pasti jenis impak, iaitu detik ketika kayu golf mengenai bola yang menjadi punca kepada slice. Kalau ia ke kanan maknanya ia menyebabkan bola berputar ikut arah jam. Puncanya kayu terlebih ayun ke kiri dengan bahagian muka menghala ke kanan. Selalunya kalau hendak kenal pasti masalah ini kena tengok kesan divot. Divot yang dihasilkan oleh ayunan slice selalunya menghala ke kiri.
Perbincangan selanjutnya untuk mengatasi slice ini berkisar tentang grip, cara berdiri dan ayunan yang menyumbang kepada impak.

Grip
Peranan grip sikit saja dalam menentukan arah ayunan, kata Gunn. Tetapi ia adalah punca kepada pelbagai posisi muka kayu (sama ada terbuka, tertutup atau sama). Bagaimanapun grip ini untuk setiap individu berbeza. Posisi grip yang memberikan pukulan lurus dan jauh kepada sesuatu pemain mungkin akan menyebabkan pukulan melencong dan melengkung yang dahsyat kepada pemain lain.
Macam manapun, kata Gunn, kita boleh buat beberapa tanggapan umum mengenai grip yang menyebabkan slice. Kalau tangan terlalu ke kiri pada kayu, ia akan menyebabkan muka kayu akan menghala ke kanan ketika impak.

Panduan untuk grip:
Ketika berdiri dengan muka kayu sama atau square ke sasaran, anda sepatutnya dapat melihat sekurang-kurangnya dua buku pada tangan kiri. Kalau anda nampak tiga atau empat, itu tidak mengapa. Ia tidak akan menyebabkan slice. Satu lagi panduan ialah bentuk V antara buku dan ibu jari kedua-dua tangan. Ia mesti menunjukkan ke aras bahu kanan.

Kedudukan berdiri
Secara logik, bagi pemain yang bolanya selalu ke kanan, dia biasanya akan mensasarkan lebih ke kiri bagi mengimbangi. Tetapi mensasarkan lebih ke kiri akan menyebabkan pusingan ketika ayunan akan menjadi terlalu jauh ke kiri, yang mana ia memburukkan lagi keadaan.
Pastikan sasaran anda tidak terlalu jauh ke kiri, terutama bahu. Anda boleh letakkan kayu golf anda di tanah selari dengan sasaran bagi memastikan sasaran anda, atau boleh minta tolong kawan-kawan tengokkan.
Cuma pastikan kaki, lutut, pinggang dan bahu selari dengan kayu golf di tanah dan dengan garisan sasaran. Selalu periksa cara berdiri dan grip boleh mengatasi masalah slice tanpa mengubah pergerakan ketika memukul.
Biarkan pergerakan bola menjadi panduan. Jika ia melengkung sedikit ke kanan, maknanya anda berada di landasan yang betul. Jika ia lurus dan melengkung sedikit ke kiri, maknanya masalah slice anda sudah diatasi.

Ayunan ke belakang
Isu ini atau istilah asalnya backswing juga boleh memberikan impak berbeza. Mereka yang slice, dua kecacatan asas ialah ayunan yang terlalu banyak ke atas atau shaf terputar ikut arah jam, atau kedua-duanya.
Kalau ayunan terlalu banyak ke atas dan tidak dapat menghasilkan satu pergerakan dalam bulatan, maka kayu golf akan merapati bola dari sudut yang terlalu menjunam.
Untuk mengatasinya, lihat ketika ayunan berada di atas. Pastikan shaf di atas bahu anda, bukan
di atas kepala.
Untuk mendapatkan posisi ini, anda mesti dapat merasa tangan kiri melintasi dada, di mana ia menghasilkan ayunan yang lebih baik.
Lagi satu elemen penting pada ayunan ke belakang ia kedudukan muka kayu, Kesalahan paling besar pemain slice ialah ia memusingkan kayu arah jam ketika memulakan ayunan. Ia menyebabkan muka terbuka ketika impak.

Ayunan ke bawah
Dengan grip yang baik, kedudukan yang betul dan ayunan ke belakang yang sempurna, ia tidak sepatutnya berlaku slice lagi. Untuk memulakan ayunan ke bawah atau downswing, pastikan anda tidak mengangkat atau menolak ke depan dengan tangan.
Berat anda perlu dipindahkan dari kaki kanan ke kaki kiri dan badan akan berpusing ke sasaran.
Sebagai kata akhir dari Gunn, dia mahukan anda menjadikan pergerakan bola sebagai panduan yang terbaik dalam mengatasi masalah ini. Pastikan anda ingat jika masalah ini semakin kurang misalnya daripada 30 meter slice kepada hanya 15 meter.
Biarpun anda merasa pelik dan tidak selesa dengan posisi dan pergerakan baru, tetapi jika bola
anda bertambah baik, kekalkan. Kita mungkin rasa pergerakan sudah cukup elok tetapi jika bola masih tidak bergerak seperti yang sepatutnya maknanya ia masih ada yang tidak kena.
Yang penting kata Gunn, kita perlu sentiasa berlatih untuk mendapat pukulan yang sempurna.