Khamis, 30 Ogos 2007

Gaya Pro 3 - Amramayah pakar maintain


AMRAN Mulup atau terkenal dengan gelaran Amramayah di kalangan pro-pro KGU (sebab dia je satu-satunya ahli KGU yang penah berguru dengan bekas pemain golf nombor satu negara, M. Ramayah) memang terkenal dalam hal-hal nak maintain game. Motonya mudah - naik podium pada setiap kejohanan tak kira le nombor berapa. Sebab tu drivernya sentiasa `bercuti'. Wood tiga je diguna setiap kali nak tee off . Bila main maintain bogey double bogey dan par serta birdie sesekali.
Sebab tu mukanya kerap naik pentas ambil hadiah, kadang-kadang nombor 10 je, tapi ada sekali muncul juara ketika beraksi pada jemputan kerajaan Selangor. Kadang tu ada juga miss cut dan terpaksa tengok je kawan-kawan yang menang...
Bro...driver tu jangan biar cuti lama sangat...

Isnin, 27 Ogos 2007

Lukman - Pro dari Bandar Bersejarah



Bagi kakitangan yang baru masuk 2,3 bulan lepas, nama Lukman mungkin asing pada mereka, kecuali Lokman kat meja foreign dan L.O kat Kosmo. Bagaimanapun, mereka sebenarnya tidak mengetahui ada seorang lagi Lukman yang kini menjadi Cip Biro Melaka yang tidak kurang hebatnya dalam permainan golf.
Lukman ketika ini terpaksa meninggalkan sekejap permainan golf ini kerana terpaksa bekerja keras menghantar story-story dari Melaka kerana tidak mempunyai `askar' yang mencukupi.
Berikut ialah beberapa aksi Pro Lokman ketika bermain bersama Malaysia Airport di Melaka dan menyertai kejohanan golf Utusan di KGPA.
Kehebatan Pro Lok menebas sememangnya dicemburui oleh rakan-rakan media di Melaka dan kini katanya, Tok Ali pun dah tangkap respect... (iyer...ke?)
... Bang, biar kaki terangkat.., janji kapla maintain .....

Selasa, 21 Ogos 2007

Jalan banyak-banyak...


The United States Golf Association thinks you should be walking the golf course.
As David Fay of the USGA has written, "We strongly believe that walking is the most enjoyable way to play golf and that the use of carts is detrimental to the game."
Walking a golf course is good for your health, good for the course's health and good for the game's health.
Everyone knows that walking is the most fundamental of all exercise programs. So it makes sense that walking a golf course would be considered good for you.
It hasn't always been considered that, however.
Some have argued that golf is not good exercise because of the start-and-stop nature of walking golf.
Don't believe it. Walking a golf course is a great part of any exercise program, as has long been proved by numerous scientific studies ... not to mention anecdotal evidence and good ol' common sense. More detail visit WalkingGolf.com

Isnin, 20 Ogos 2007

KGU bersantai di A Farmosa




DISEBABKAN popular, ahli-ahli KGU sering dijemput untuk menyertai kejohanan golf. Antaranya kejohanan anjuran MAHB di A Famosa Golf Resort di Melaka. Di samping main golf dan menang hadiah peluang macam tu juga diguna untuk bersantai ramai-ramai.
Santai macam ni merupakan antiviti biasa ahli KGU apabila dapat jemputan untuk bermain di luar Kuala Lumpur. Sapa-sapa yang teringin tu meh la joint KGU (tak da jawatan pun diterima). Janji rock......

BERSUKA ria di kolam lepas masing-masing menang hadiah

Pssst...pas ni santai kat seberang lak kut...

Ernie Ails - pro yang cool



ISMAIL Daud atau Ernie Ails merupakan antara pemain KGU yang konsisten menyertai pelbagai kejohanan dengan berbekalkan driver Loco kuningnya.
Walaupun belum pernah menaiki podium, tetapi kat rumahnya dah banyak koleksi-koleksi hadiah.
Ada yang belum dibuka (seperti kipas angin dll) dan ada pula yang sudah diagihkan kepada saudara mara dan jiran. Pada kejohanan KGU tahun lalu Ismail menamatkan cabaran di tempat ketiga dan pada kejohanan anjuran Astro baru-baru ini dia berada di tangga kelima.
Hmm... kira hebat la tu dari berpuluh-puluh yang ambil bahagian.

...Bro, Loco bila mau upgrade

Jumaat, 17 Ogos 2007

Golfer baru ingin mencabar



M Sani Misnan kini giat berguru dengan pro-pro KGU dalam usaha untuk menyertai sirkit golf yang sering dianjurkan.
Terliur dengan hadiah-hadiah lumayan yang dibawa pulang kengkawan, Sani merasakan dia juga tidak boleh ketinggalan daripada arena menebas KGU ini.
Dengan bakat yang ditunjukkan, usaha gigih dan tunjuk ajar daripada pro-pro KGU, tidak mustahil satu hari nanti Sani akan naik podium dan membawa pulang hadiah lumayan.
...Tebas wak tebas...

Siti pun main golf





Betul... Siti Nurhaliza...penyanyi comel tu pun pernah terjebak dalam permainan golf ketika dia menjadi duta kepada TM net sebelum ini. Ketika itu, Siti walaupun sentiasa sibuk, tetapi masih juga mencuri-curi masa untuk mempelajari mengenai golf dari seorang pro.
Tetapi Siti sekarang dah kawin. Dah terror...so tak yah la amek pro lagi.
Untuk tatapan mereka yang tidak pernah tengok Datuk Siti beraksi dalam dunia golf, berikut dilampirkan beberapa gambar.
.......KGU caaaayang City

Isnin, 13 Ogos 2007

Gaya Pro 2 dari Meja Sukan


Khalid Saad merupakan antara kakitangan Utusan yang terawal bermain golf. Tahap seniority beliau dalam permainan ini boleh dilihat daripada wood (sejenis batang golf) yang digunakannya memang betul-betul diperbuat daripada kayu.
Bagaimanapun, beliau kini tidak lagi bermain golf selepas menyertai kejohanan Golf Utusan yang pertama di Kundang Lake dan kedua di KGPA kerana sibuk dengan tugasan. Berikut ialah beberapa aksi Khalid Saad di Kundang Lake yang bertungkus lumus menghabiskan permainan di 18 lubang kerana terus memukul di pertandingan tanpa latihan di driving range.

Khalid.... Semoga kembali semula ke lapangan golf....

Jumaat, 10 Ogos 2007

Gaya pro dari Utusan 1

Ruangan kenali pro Utusan 1
(mulai minggu ini, setiap pemain golf Utusan akan diperkenalkan satu persatu untuk memudahkan mana-mana kakitangan mendapatkan khidmat nasihat bagaimana menyertai KGU.)

PRO Sarip Garcia merupakan nama yang tidak perlu diperkenalkan di kalangan ahli korporat golf media kerana sering membawa pulang hadiah setiap kali menyertai pertandingan golf antara media anjuran syarikat-syarikat korporat. Daripada sekecil-kecil hadiah seterika sehinggalah kepada peti sejuk, televisyen, hi-fi dan paling mahal adalah tiket trip melancong bersama pelayaran cruise (berharga RM11,000) - semuanya telah disapu Sarip yang bermain dengan handicap 13.
Jika isteri kebanyakan pemain golf Utusan lain sering merungut jika suami mereka bermain golf, keadaan sebaliknya berlaku bagi Sarip kerana isterinya akan marah jika beliau tidak bermain golf minggu itu kerana dia tidak pernah pulang setakat membawa `goodies bag.'
- Selamat Maju Jaya Sarip, moga dapat membawa balik kereta mewah suatu hari nanti...

Khamis, 9 Ogos 2007

Barisan KGU di KGPA

Ahli-ahli KGU bersama KP di kejohanan di KGPA.

Aksi KP ketika membuat tee-off.

(p/s: kepada rakan2 yang tidak tahu apa itu tee-off, penerangan lengkap boleh diperoleh dari mana-mana sifu yang tertera dalam gambar di atas)

KGU Bersama KP


Aktiviti-aktiviti Kelab Golf Utusan sentiasa mendapat sokongan daripada pihak Utusan sama ada Badan Keluarga atau pihak pengurusan. Ketua Pengarang sendiri setakat ini tidak pernah menolak jemputan untuk merasmikan dua kejohanan golf sesama kakitangan Utusan.
Untuk pengetahuan, tiga kejohanan sesama sendiri telah diadakan oleh KGU iaitu di Kelab Golf Kundang Lake, Kelab Golf Perkhidmatan Awam dan Kelab Golf IOI Putrajaya.
Dilampirkan beberapa aksi Ketua Pengarang ketika merasmikan kejohanan golf Utusan.

Rabu, 8 Ogos 2007

Tip untuk pukulan Kebaya Labuh


Tee it high, watch it fly

Drive the ball on a higher trajectory with less spin by teeing it up nice and high with half the ball sitting above the top of the club. Combine that with tilting your hips a little, so you have more weight on your right foot at address. Your left hip and left trouser pocket should feel a touch higher than your right. This will help with the sweeping action that you need when using a driver.

Isnin, 6 Ogos 2007

Bersama Pak Lah



Kewujudan Kelab Golf Utusan (KGU) telah diiktiraf oleh syarikat-syarikat korporat terkenal di negara ini dengan sentiasa mendapat jemputan untuk menyertai kejohanan-kejohanan antara media.
Selain itu, KGU juga tidak terkecuali dijemput untuk bermain dalam pertandingan yang disertai oleh Perdana Menteri yang memberi imej korporat kepada syarikat Utusan.
Walaupun, tidak mendapat bantuan dari mana-mana badan kebajikan, KGU terus menjalankan aktiviti dengan duit poket ahli-ahli sendiri atas semangat kesukanan dan memastikan badan serta fikiran sentiasa cergas.
Berikut ialah dua gambar ketika ahli-ahli KGU menyertai pertandingan golf antara media bersama Perdana Menteri anjuran Genting dan Astro baru-baru ini.
Happy golfing.....

Ahad, 5 Ogos 2007

Golf untuk Semua

Walaupun aktiviti KGU sering dikritik kerana dikatakan menjadi punca ketidakpuashatian kepada sesetengah kakitangan Utusan (yang pendek akal), ahli-ahli KGU terus mendapat sambutan ramai kakitangan Utusan, termasuk golongan wanita.
Beberapa kakitangan wanita telah giat menjalani latihan untuk menguasai permainan ini memandangkan golf merupakan permainan untuk orang-orang yang mahu berfikir dan berekreasi.
Ia sangat sesuai untuk kakitangan syarikat seperti Utusan untuk beriadah di samping meningkatkan imej Utusan di mata masyarakat korporat agar syarikat ini tidak dianggap hanya terbilang dalam acara-acara sukan biasa.

So, Selamat Menebass...

Penubuhan Kelab Golf Utusan


Selamat Datang
Ke Kelab Golf Utusan (KGU)
yang semakin glamor dalam dunia blog.
Memandangkan KGU sering diperkatakan dalam dunia blog dan mendapat permintaan, maka kami mengambil inisiatif untuk menubuhkan blog ini untuk kemudahan kakitangan Utusan mengetahui secara terus aktiviti kami.