Selasa, 4 Disember 2007

Sarip Garcia dapat tv besar

TELEKOM Malaysia Berhad (TM) pada 2 Disenmber lalu menganjurkan kejohanan golf One Series TM Invitational 2007 yang disertai 36 wakil media termasuk ahli-ahli KGU.
Seperti biasa, ahli-ahli KGU pasti tidak pulang dengan tangan kosong. Walaupun gagal memenangi hadiah utama berupa televisyen LCD 39 inci serta peluang bermaindi Indonesia, namun pemain yang kini sedang mendahului order of merit KGU, Sarip Garcia tetap unggul di tempat kedua. Sarip turut membawa pulang, tv LCD yang besar tu hingga tak muat kereta.
Pemian yang kerap beraksi dalam jelajah media Amramayah pula menamat cabaran di tangga ketujuh. Habuannya ialah set home teater Samsung (walaupun katanya adalah masalah sikit dengan remote control).
Tiger Joe juga tidak kurang hebat apabila turut berjaya menaiki podium walaupun katanya kebelakangan ini agak jarang beraksi dalam negara.

Gaya Amramayah ketika menerima hadiah daripada Datuk Seri Shazali Ramli