Khamis, 19 November 2009

Ahli KGU teruskan tradisi

AHLI KGU meneruskan tradisi menaiki podium setiap kali menyertai kejohanan apabila Sarip Garcia menamatkan cabaran ditempat ketiga pada kejohanan yang dianjurkan oleh Kelab Golf Kota Permai (KPGCC) bersama media.
Kemenangan itu membolehkan Sarip membawa pulang trofi dan rescue jenama Nicken.
"Itu hari ni aku main tidak menjadi," kata Sarip memberikan alasan biasanya. Walaupun tak menjadi tetapi Sarip tetap naik podium.
Seramai lima orang ahli KGU menyertai kejohanan itu yang disertai oleh buaya-buaya dari media dan rakan-rakan perniagaan KPGCC.
Sarip yang sudah mempunyai pelbagai koleksi hadiah hasil kemenangan dalam kejohanan golf lega dengan hadiah yang diterimanya itu tanpa memberikan ulasan lanjut.
Mungkin hadiah lain seperti barangan elektrik sudah penuh memenuhi ruangan rumahnya sebab itu Sarip lebih suka mendapat hadiah seperti peralatan golf.

Tiada ulasan: