Jumaat, 6 November 2009

Kisah nakal John Daly

JOHN Daly atau JD merupakan antara personaliti yang cukup popular dalam Jelajah PGA. Dengan pukulan drive yang menakjubkan dia menjadi ikutan ramai sejak menjuarai PGA Championship pada 1991.Tetapi di sebalik glamor dan kejayaan yang dicapai, JD berhadapan dengan pelbagai kontroversi termasuk masalah ketagihan arak.
Biasanya JD akan dilihat bersama rokok Marlborro Light di bibirnya yang seolah tidak pernah lekang dari bibirnya, berterusan. Lepas satu, satu. Malah dirinya sendiri sukar diramal. Dia bukan seorang yang suka meminta maaf dan dianggap sebagai budak nakal dalam PGA. "Satu-satu peraturan yang akan saya ikut," kata JD "Ialah Peraturan Golf."
Seperti golf- bola dimainkan seperti mana ia berada, begitu juga dengan hidup JD. Bagi mereka yang berminat untuk mengikuti hidup JD yang penuh warna warni boleh membaca biografinya 'My Life In & Out of The Rough'.
Ini merupakan kandid perjalanan hidupnya yang begitu berwarna-warni. Hidupnya yang kadang kala di atas, tetapi lebih banyak di bawah.
Apa yang tidak dikaitkan dengan JD? Alkohol, judi, ketagihan coklat dan sex semua dikaitkan dengannya. Dia juga mengalami masalah berat badan dan yang paling teruk - kegagalan rumah tangga. JD telah berkahwin sebanyak empat kali. Semunya gagal.
Dia merupakan pemenang kejohanan major sebanyak dua kali. Sebelum usianya mencecah 30 JD merupakan atlet yang paling popular di dunia. Dia berjaya menarik peminat ke mana saja dia pergi.Malah hingg hari ini, JD yang terkenal dengan ayunan `flying elbow' itu masih mempunyai pengikutnya sendiri.
Sama ada di fairway atau dalam motorhomenya yang bernilai AS$1.5 juta, JD hidup dalam dunianya sendiri.Bagi seorang atlet hidup JD banyak dikaitkan dengan perkara negatif. Namun hidupnya pelbagaoi - kasino, alkohol, muzik country dan segalanya.Namun dia membuktikan bahawa lelaki biasa dari Arkansas mampu berada di kemuncak dunia golf. Lari dari segala kerumitan dan tekanan hidup dan akhirnya mampu menguasai hidup.
Dinamakan Pemain Baru Terbaik PGA 1991 serta memenangi The Open pada 1995.
Selain berada di puncak,peminat juga tahu bahawa JD ada sisi gelapnya sendiri. Pernah beberapa kali masuk hospital akibat masalah alkohol dan masuk pusat pemulihan.
Merosakkan rumah,bilik hotel dan kereta serta ketagihan judi hingga membuatkan hidupnyua hampir bankrup.
Kata JD, dia hidup dengan diet Coke, Marlborro Light dan sokongan daripada peminat. Berkahwin dan gagal sebanyak empat kali, berat badan pula 290 paun.
Yang menarik dia memenangi dua kejohanan major sebelum usia 30 tahun. Hanya lima pemain yang berjaya melakukannya dalam sejarah golf iaitu Bobby Jones, Jack Nicklaus, Tom Watson, Johnny Miller dan Tiger Wood. JD merupakan yang keenam.
My Life In & Out of The Rough merupakan perjalanan hidup JD yang tidak selancar selebriti golf lain. Harga buku ini RM96

Tiada ulasan: