Rabu, 8 Jun 2011

Imran hanya no. 3


PENOLONG Pengarang Prosesan Utusan Malaysia, Imran Mohd. Nor memang terkenal sebagai buaya besar di kalangan pemain golf media. Namun kejohanan golf bersama media sempena majlis menandatangani perjanjian penganjurab Worldwide Selangor Master di Kelab Golf Kota Permai, Imran gagal memanfaatkan kebuayaannya itu.
Sebaliknya buaya Karang Kraf, Marzuki Abdullah yang mengganas. Dengan membenamkan tiga birdie, Marzuki mencatat sejarah tersendiri dalam hidupnya untuk muncul sebagai juara. Dengan kejayaan itu juga maka tersebarlah ke seantero benua akan kebuayaan Marzuki yang kini berdebar-debar untuk beraksi dengan kawan-kawan sebab takut kena bagi stroke.

Tiada ulasan: