Rabu, 11 Mei 2011

Burner Superfast 2.0 lebih laju, lebih jauh

TAYLORMADE mula memperkenalkan siri model driver Buner pada awal 2007. Sejak itu ia menjadi antara driver yang paling laris di pasaran dalam sejarah jenama itu.
Kunci kejayaannya ialah pada teknologi Superfast yang membolehkan pemain lebih pantas untuk jarak lebih jauh.
Tahun lalu, teknologi Superfast itu dipertingkatkan lagi untuk menjadikan driver Burner Superfast lebih ringan, lebih panjang dan lebih jauh daripada generasi Burner sebelumnya.
Apa yang dikatakan itu ditunaikan oleh TaylorMade yang mana ia telah meningkatkan aerodinamik dan memberikan jarak lebih jauh
Ia diperakukan oleh pemain profesional dalam siri jelajah dan juga kejayaan di pasaran.
Lebih 50 pemain profesional dunia menggunakan Burner SuperFast dalam siri Jelajah PGA.
Semua itu mendorong para jurutera TaylorMade untuk meningkatkan keupayaan driver itu walaupun pada masa yang sama memperkenalkan siri R11.
Untuk generasi baru, TaylorMade melancarkan Burner SuperFast 2.0 yeng menggabungkan teknologi SuperFast dengan permukaan muka lebih besar dan kesan geseran aerodinamik lebih rendah.
Ini memberikan ayunan yang lebih laju, kadar pelancaran lebih tinggi dan mengurangkan putaran untuk memberikan jarak.
Selain itu, digabungkan dengan MOI yang lebih tinggi untuk menjadikan Burner SuperFast 2.0 jarak lebih jauh daripada model Burner yang asal.
Bentuk pada Burner SuperFast 2.0 juga dipertingkatkan untuk memberikan pusat graviti (CG) lebih rendah supaya sudut pelancaran lebih tinggi untuk mengurangkan putaran.
Burner SuperFast 2.0 memiliki permukaan muka yang lebih luas berbanding mana-mana driver iaitu 4,550 milimeter persegi.
Muka yang lebih besar ini penting kerana driver yang lebih panjang menjadi ia lebih mencabar untuk dikendalikan bagi pemain biasa.
Oleh itu muka yang lebih besar menyedia permukaan lebih luas untuk pukulan bola.
Bahagian muka yang dalam pula menyediakan permukaan lebih luas.
Bagi meningkatkan prestasi tanpa mengorbankan rasa dan daya boleh main, TaylorMade mengubahsuai shaft dan kepala.
Apa yang lebih istimewa, Burner SuperFast 2.0 tampil dengan warna putih sama dengan R11.
Warna ini dikatakan memudahkan pemain melakukan pelarasan dan menetapkan sasaran.
Ia juga menghilangkan silauan yang dihasilkan oleh warna hitam sebelum ini apabila terkena cahaya matahari.
Lagi pula, warna putih menjadikan driver ini dua peratus lebih besar.
Burner SuperFast 2.0 ini juga menggunakan grip lebih ringan dari jenama Winn. Beratnya hanya 25 gramm, tetapi ia tetap memberikan rasa dan cengkaman yang sama.
Ini merupakan antara komponen penting bagi menjadi berat driver ini hanya 279 gram - yang paling ringan pernah dihasilkan TaylorMade.
Panjang shaft driver ini ialah 46.25 inci dan apabila digabungkan dengan beratnya ia meningkatkan ciri aerodinamik untuk memberikan jarak lebih jauh.
Turut memainkan peranan penting dalam memberikan prestasi pada Burner SuperFast 2.0 ialah penggunaan shaft Fubuki 50 yang beratnya hanya 49 gram dengan bahagian hujung yang lembut untuk membolehkan pemain meningkatkan kelajuan bola. Burner SuperFast 2.0 ada dua versi iaitu 2.0 dan 2.0 TP.
Untuk pasaran Malaysia Burner SuperFast 2.0 boleh didapati dengan 9.5 darjah dan 10.5 darjah dan tiga jenis shaft iaitu S, R dan SR.
Untuk Burner SuperFast 2.0 TP pula di datangkang dengan versi 9.5° dan 10.5° - dan dua jenis shaft iaitu X dan S.
Harga bagi Burner SuperFast 2.0 ialah RM1,590 dan Burner SuperFast 2.0 TP RM1,790.

Tiada ulasan: